

CARA MENGUNDI
Panduan langkah demi langkah untuk mengundi di AJL40
Langkah
01
Masuk ke Microsite AJL40
Pengguna melayari Microsite AJL40. Klik 'Undi Sekarang'.
Langkah
02
Log Masuk / Daftar
Pengguna sedia ada log masuk ke akaun Tonton. Pengguna baharu mendaftar akaun Tonton dan log masuk.
Langkah
03
Semak Kelayakan
Sistem menyemak kelayakan pengguna untuk mengundi:
- • Jika pengguna mempunyai langganan Tonton selama 3 bulan yang masih aktif, mereka layak menerima 300 kredit undian
- • Jika tidak layak, pengguna perlu membeli pakej langganan.
Langkah
04
Beli Pakej Langganan
Pengguna membeli pakej langganan Tonton selama 3 bulan.
Setiap pembelian akan:
- • Menerima 300 kredit undian secara automatik.
- • Menerima kod baucar Tonton dalam tempoh 48 jam.
- • Pengguna boleh membeli lebih daripada satu pakej, tertakluk kepada had maksimum 10 pembelian.
Langkah
05
Terima Kredit Undian
Sebanyak 300 kredit undian akan ditambah ke akaun pengguna bagi setiap pembelian.
Langkah
06
Pilih Finalis
- • Pengguna melihat senarai finalis AJL40.
- • Pengguna memilih artis atau persembahan yang ingin diundi.
Langkah
07
Hantar Undian
Pengguna memilih jumlah undian yang ingin dihantar.
- • Sistem akan menolak jumlah kredit undian yang digunakan.
- • Pengguna akan menerima pengesahan, dan baki kredit undian akan dikemas kini.
Langkah
08
Terus Mengundi
Pengguna boleh terus mengundi sehingga baki kredit undian habis atau tempoh pengundian tamat.
Langkah
09
Tamat Pengundian
Pengundian akan ditutup selepas persembahan terakhir finalis AJL40. Sebarang baki kredit undian yang tidak digunakan akan luput.











